Translate

31 Mac 2020

Memodenkan Teks Klasik


Pengenalan
  • Memodenkan karangan bermaksud mengalihkan atau menukarkan bahasa klasik yang digunakan dalam karya sastera berunsurkan klasik atau lama kepada gaya bahasa Melayu moden.
  • Karya klasik ialah teks atau karangan yang digunakan pada zaman dahulu.
  • Gaya bahasanya banyak dipengaruhi oleh gaya bahasa lama atau klasik.
  • Karya ini banyak berkisar mengenai raja-raja dan golongannya yang menceritakan kisah kegagalan, keperwiraan, kecantikan, kekebalan, kesaktian dan alam kayangan.


Format memodenkan karangan
  • Satu perenggan sahaja.
  • Tidak menggunakan bahasa klasik iaitu bukan ditambah-tambah atau dikurangkan.


Proses memodenkan karangan
  • Pelajar perlu ingat jawapan yang ditulis mestilah dalam bahasa Melayu moden.
  • Baca keseluruhan petikan sehingga faham.
  • Gariskan perkataan-perkataan klasik yang dapat ditukarkan.
  • Nama-nama khas jangan ditukar.
  • Ketahui perbezaan di antara bahasa klasik dengan bahasa istana.



Contoh teks klasik:

Dengan tiada berapa lamanya sampailah mereka itu ke Negeri Daha itu. Maka Raden Inu segan masuk lalu menanti di luar istana. Maka disuruhnya Jerude dan Kartala masuk bersama-sama dengan Mahadewi akan menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha.

Maka tatkala dilihat oleh Sang Ratu akan Mahadewi datang dengan balut matanya, sungguhpun selama ia pergi tiada dikenangnya , akan tetapi pada masa bertemu itu timbullah belas dan kasihan di dalam hatinya serta teringatlah ia pada isterinya yang sudah meninggal diracuni itu. Lagi pula baharullah ia tersedar akan dirinya dan baharullah diketahuinya akan segala kejahatan Paduka Liku kerana pada masa itu rupa-rupanya segala hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku itu telah hilang kemanjurannya.
                                                                                                                        (15 markah)



Teknik sebelum menjawab memodenkan karangan
  • Senaraikan dulu watak-watak yang ada dalam petikan prosa klasik tersebut. Pastikan kamu berjaya mengenal pasti beberapa watak yang mempunyai persamaan agar pemilihan kata ganti nama kamu tepat dan sesuai.

          Contoh:
          1. Raden Inu
          2. Jerude
          3. Kartala
          4. Mahadewi
          5. Kebawah Duli Sang Ratu Daha
          6. Permaisuri
          7. Paduka Liku

  • ·       Nyatakan latar tempat, iaitu tempat prosa klasik itu diceritakan.

         Contoh:
         1. Dalam istana
         2. Luar istana

  • Nyatakan pokok persoalan yang ada dalam petikan tersebut. Barulah kamu membuang perkataan-perkataan yang tidak diperlukan seperti maka, arakian, syahadan, -ia, -pun dan perkataan-perkataan klasik yang lain.

          Contoh:
1.     Raden Inu menunggu di luar istana.
2.     Raden Inu menyuruh Jerude dan Kartala menemani Mahadewi menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha.
3.     Mahadewi pulang dalam keadaan bengkak di bahagian matanya.
4.     Baginda teringat akan permaisurinya yang telah mangkat kerana diracun.
5.     Baginda tersedar dan mengetahui segala kejahatan Paduka Liku.
6.     Segala hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku telah hilang kesannya.


  • Buang perkataan-perkataan yang tidak diperlukan seperti maka, arakian, syahadan, -pun, -ia dan perkataan-perkataan klasik yang lain.

Jawapan betul setelah dimodenkan teks klasik yang terdapat di atas:

Mereka tiba di Negeri Daha. Raden Inu segan dan menunggu di luar istana. Raden Inu menyuruh Jerude dan Kartala masuk ke istana untuk menemani Mahadewi menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha.

Sang Ratu Daha melihat Mahadewi pulang dalam keadaan bengkak matanya. Baginda teringat akan permaisurinya yang telah mangkat kerana telah diracun. Baginda tersedar dan mengetahui segala kejahatan Paduka Liku. Segala hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku telah hilang kesannya.

30 Mac 2020

Kata Adjektif

KATA ADJEKTIF    
  • Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama, benda, orang, tempat, binatang dan sebagainya.
  • Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
  • Kata adjektif boleh digabungkan dengan kata penguat seperti amat, paling, sangat, terlalu dan sebagainya.
  • Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis, iaitu:


1. Kata adjektif sifat atau keadaan
baik
pandai
lemah
kasar
berani
takut
sihat
cerdik
gopoh
jahat
Contoh ayat:
a. Pendekar itu berani menentang musuh.
b. Kelakuan budak itu sungguh baik.

2. Kata adjektif warna
merah
putih
biru
oren
kelabu
hitam
kuning
hijau
Contoh ayat:
a. Daun bunga itu sudah menjadi kuning.
b. Dia suka memakai baju warna hitam.

3. Kata adjektif ukuran
panjang
rendah
tebal
pendek
kecil
nipis
besar
tinggi
Contoh ayat:
a. Rumah panjang itu dibina berdekatan dengan sungai.
b. Buku tebal itu saya pinjam daripada Fatimah.

4. Kata adjektif bentuk
bujur
kempis
lurus
bulat
buncit
bengkok
Contoh ayat:
a. Dia lurus macam bendul.
b. Persengketaan itu akan diselesaikan dalam perundingan meja bulat pada hujung bulan ini.

5. Kata adjektif waktu
baharu
lampau
lewat
lama
segera
silam
suntuk
lambat
awal
cepat
Contoh ayat:
a. Ketibaannya lebih awal daripada yang dijanjikan.
b. Dia lebih suka makan makanan segera.

6. Kata adjektif jarak
jauh
dekat
hampir
nyaris
Contoh ayat:
a. Rumahnya jauh dari sekolah.
b. Kereta kami nyaris terlibat dalam kemalangan semalam.

7. Kata adjektif cara
cepat
lincah
gopoh
lambat
perlahan
laju
deras
jelas
Contoh ayat:
a. Pemain bola sepak yang lincah itu berasal dari Negara Brunei Darussalam.
b. Dia selalu gopoh ketika menjawab kertas peperiksaan.

8. Kata adjektif perasaan
rindu
benci
segan
sayang
suka
ragu
gembira
malu
Contoh ayat:
a. Adik saya sayang akan anak kucingnya yang comel itu.
b. Jangan segan untuk bertanya kepada orang yang lebih tahu.

9. Kata adjektif pancaindera
enak
sedap
manis
cantik
tampan
lawa
bising
nyaring
merdu
harum
busuk
hancing
licin
halus
keras
bersih
tenteram
selesa

Contoh ayat:
a. Elakkan makan kuih manis pada masa ini.

b. Permukaan kaca itu licin.

28 Nov 2016

Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja. frasa kerja terdiri dariapda kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. Contoh:


  1. Ali tidur.
  2. Mereka sedang membaca buku.
  3. Pemandu itu membelok ke kanan.

Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama:
  1. Kata kerja aktif 
  2. Kata kerja pasif

Kata kerja aktif
Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan.

Contoh ayat:
  1. Pemuda itu tersenyum seorang diri.
  2. Keadaan bapanya beransur baik.
  3. Mereka tinggal di Kampung Sungai Akar.
  4. Badannya menjadi lemah.
  5. Suasana dalam mesyuarat itu menjadi tegang.
  6. Kami tidur berbantalkan lengan.
  7. Pelajar-pelajar sedang membersihkan kawasan sekolah.

Kata kerja pasif
kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

Contoh ayat:
  1. Kawasan sekolah sedang dibersihkan oleh pelajar-pelajar.
  2. Surat itu telah saya jawab.
  3. Bas persiaran itu terlanggar tembok rumah Ali.

* Kata kerja (condong)
* Frasa kerja (garis)





23 Okt 2016

Panduan Menulis Karangan

Sebelum menulis karangan:
  • Baca dan fahami soalan.
  • Mesti memilih soalan yang benar-benar boleh dikuasai.
  • Memahami kehendak soalan.
  • Senaraikan semua isi penting secara ringkas (peta minda).
  • Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihuraikan.
  • Isi penting mesti mengikut susunan (mana yang perlu didahulukan & mana yang perlu dikemudiankan)
  • Isi penting jangan diulang.

Menulis karangan:
  • Mulakan dengan menulis pendahuluan dalam satu perenggan sahaja.
  • Setiap satu isi penting yang dihuraikan perlu ditulis dalam satu perenggan beserta dengan contoh (satu isi, satu perenggan)
  1. Perenggan pendahuluan.
  2. Perenggan isi pertama (serta huraian dan contoh yang berkaitan).
  3. Perenggan isi kedua (serta huraian dan contoh yang berkaitan).
  4. Perenggan isi ketiga (serta huraian dan contoh yang berkaitan).
  5. Perenggan isi keempat (serta huraian dan contoh yang berkaitan).
  • Setelah habis menulis karangan, perlu menyemak semula bagi memastikan jika ada tulisan yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda bacaan, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
  • Format ini juga boleh digunakan dalam menulis surat kiriman rasmi dan tidak rasmi

Contoh soalan:

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas. Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.

Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan. Contohnya:
  1. Memudahkan komunikasi antara manusia.
  2. Mengurangkan membeli peralatan kamera.
  3. Meluaskan pengetahuan dengan penggunaan internet.
  4. Menghiburkan hati.

Pendahuluan
Ayat topik: Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global
Ayat huraian: Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat contoh: Melayari internet, mendengar muzik, kamera.
Ayat rumus: Banyak membawa kebaikan.

Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global. telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah mempunyai pelbagai fungsi yang semakin canggih. Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar muzik, menggunakan kamera untuk bergambar dan sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi pertama
Ayat topik: memudahkan komunikasi antara manusia.
Ayat huraian: Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana kita berada.
Ayat contoh: Boleh menggunakan kemudahan 'sms', whatsapp, telegram, viber. Jimat kos.
Ayat rumus: sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan.

Antara kebaikkannya, penggunaan telefon bimbit memudahkan komunikasi antara manusia. kita boleh mengubungi seseorang apda bila-bila masa dan di mana kita berada. hal ini demikian kerana telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti 'sms', 'whatsaap', 'telegram', 'viber' dan sebagainya. Tambahan pula kos penggunaannya juga lebih menjimatkan berbanding dengan telefon biasa. Oleh itu, sistem komunikasi manusia sangat mudah dan berkesan.

*sambung isi kedua, isi ketiga dan seterusnya
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penutup
Ayat topik: berfaedah untuk semua orang. 
Ayat huraian: Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko.
Ayat contoh: satu keperluan yang tidak boleh diabaikan.
Ayat rumus: Bijak menggunakannya agar tidak membawa kemudaratan.

Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah kepada sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat ini berkembang, semaki berisiko nyawa manusia di ambang kemajuan era globalisasi. telefon bimbit sudah dianggap sebagai barangan yang dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau bagaimanapun, telefon bimbit juga dianggap satu keperlu yang tidak boleh abaikan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak membawa kemudaratan.




22 Okt 2016

CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH

Untuk menukarkan cakap ajuk atau dialog kepada cakap pindah murid mesti berpegang pada 3 elemen komunikasi:
  1. kenali topik perbincangan
  2. kenali persona
  3. kenali konteks

Contoh:
"Kamu makanlah segera. Kamu jangan lupa basuh pinggan," pesan ibu kepada Aini.

Kenali topik perbincangan:
makanlah segera.
jangan lupa basuh pinggan.

Kenali persona:
Ibu
Aini

Kenali konteks:
Pesan

Berdasarkan unsur dalam elemen komunikasi itu, murid boleh membia ayat sendiri dalam ragam cakap pindah. Contoh setelah ditukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah:
  1. Ibu berpesan kepada Aini supaya makanlah segera tetapi jangan lupa membasuh pinggan.
  2. Ibu berpesan supaya Aini makanlah segera dan jangan lupa membasuh pinggan.
=======================================================================
Kaedah ini juga membolehkan kamu menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk atau dialog. apabila murid mengenali unsur dalam elemen komunikasi tersebut, murid hanya perlu menggunakan unsur tersebut dalam membina cakap ajuk atau dialog sendiri. Proses membina cakap ajuk atau dialog ini adalah lebih mudah.

Contoh cakap pindah:
Haji Amir memberitahu pekerja-pekerjanya bahawa gaji mereka akan dinaikkan pada bulan hadapan.

Kenali topik perbincangan:
gaji naik pada bulan hadapan

Kenali persona:
Haji Amir
pekerja-pekerjanya

Kenali konteks:
memberitahu

Contoh setelah ditukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:
"Gaji kamu akan dinaikkan pada bulan hadapan," Haji Amir memberitahu pekerja-pekerjanya.

========================================================================
Latihan:
  1. "Kebahagiaan keluarga bermula dari rumah," kata Ustaz Kusairi.
  2. Puan Jamilah menyuruh pembantu rumahnya menyapu tepi kolam.
  3. "Razi, bungkuskan hadiah di atas meja itu," Kata Haji Bujang.


26 Sep 2016

TATABAHASA: IMBUHAN

Imbuhan juga dikenali sebagai penambahan.
Penambahan ini dimaksudkan sebagai penambahan kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan mengikut golongan kata tertentu seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Imbuhan terbahagi kepada 4 jenis:


  1. Awalan
  2. Akhiran
  3. Apitan
  4. Sisipan


Imbuhan Awalan
Awalan imbuhan diletakkan di hadapan kata dasar.
meN-…                      melawan, mencuri, memberi, mengambil, menyahut
ber-…                         bermain, berbasikal, berlari
ter-…                          terbesar, terkena, terambil
di-…                           disuruh, dibaling, dirompak
memper-…                 memperluas, memperoleh, memperkaya
diper-…                      diperluas, diperbesar, diperguna
ke-…                          kedua-dua, kehendak, ketua
peN-…                        pesakit, penceramah, pembaca, pengebom, penyakit
per-…                         perasap, perbara, pertapa
se-…                           seindah, selazat, secantik
juru-…                        jurubahasa, jurujual, jurugambar

Contoh ayat:

  1. Amin berbasikal ke pantai.
  2. Kedua-dua orang pemuda itu suka bergusti.
  3. Pensel itu diasah oleh Salim
  4. Pokok yang tinggi itu ditebang oleh mereka.
  5. Kelapan-lapan ekor lembu itu dijangkiti penyakit kuku dan mulut.
  6. Anak kecil itu merangkak di bawah meja.
  7. Bisul pada pahanya itu telah mengecut.
  8. Anak kucing itu mengiau kelaparan.
  9. Ahmad sedang menganyam tikar mengkuang yang ditempah oleh pelanggannya.
  10. Pemain bola sepak itu kelihatan lincah sekali apabila beraksi di padang.
  11. Pemuda itu seorang yang pendiam.




Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran diletakkan di belakang kata dasar.
…-kan                         matikan, tuangkan, buangkan
…-i                             dekati, masuki, tandingi
…-an                           ajaran, tawanan, amalan
…-wan                        usahawan, dermawan, wartawan
…-wati                        olahragawati, seniwati, peragawati
…-man                        seniman
…-isme                       nasionalisme, sosialisme, komunisme

Contoh ayat:

  1. Pembentukan padang pasir itu mengambil masa ribuan tahun.
  2. Jangan dekati orang yang kurang siuman itu.
  3. Sudah kamu masuki rumah kosong itu?
  4. Tuangkan air minuman itu ke dalam gelas.
  5. Matikan enjin kereta itu.
  6. Seniwati yang membintangi filem itu digilai oleh orang ramai.





Imbuhan Apitan
Imbuhan apitan diletakkan di hadapan dan di belakang kata dasar.
meN-…-kan                melarikan, menjauhkan, membinasakan, menghadiahkan, menyelitkan
meN-…-i                    merestui, mendahului, membaiki, menghubungi, menyahuti
beR-…-kan                 beralaskan, berdasarkan, bertemankan
beR-…-an                   berlarian, berterbangan, bermusuh-musuhan
di-…-kan                    diceraikan, dijalankan, disemayamkan
di-…-i                         dianugerahi, dianuti, diwarisi
memper-…-kan          memperbesarkan, memperluaskan, mempersembahkan
memper-…-i               memperbaharui, mempersetujui, memperakui
ke-…-an                      keindahan, keajaiban, keistimewaan
diper-…-kan               diperlihatkan, dipergunakan, diperdengarkan
diper-…-i                    diperingati, diperbaiki
peN-…-an                   pelarian, penipuan, pembacaan, pengeboman, penyiasatan
per-…-an                    persamaan, perbezaan, perjumpaan

Contoh ayat:

  1. Anak-anak kucing yang comel itu bercakar-cakaran sesama sendiri.
  2. Mereka mencari gua itu berdasarkan peta.
  3. Keputusan peperiksaan saya amat mengecewakan.
  4. Perangainya masih keanak-anakan kerana terlalu dimanjakan oleh orang tuanya.
  5. Mereka hidup dalam kemiskinan sejak ayahnya dipecat.
  6. Dia tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
  7. Haziq enggan mengakui kesilapannya itu.
  8. Abang mengetepikan keretanya supaya tidak menghalang kenderaan lain untuk lalu di jalan itu.
  9. Liza membelikan ibunya sepasang subang.
  10. Pengawal itu tidak membenarkan kami masuk.
  11. Jabatan Pengangkutan Darat melakukan pemeriksaan terhadap bas persiaran.
  12. Kayu balak itu dihantar ke pelabuhan untuk dieksport.
  13. Gopal membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPE.



Sisipan
Imbuhan sisipan diletakkan di tengah-tengah kata dasar.
…-el-…         telunjuk (tunjuk), telapak (tapak), kelemumur (kemumu / kemumur)
…-em-…       kemuning (kuning), gemilang (gilang), gemuruh (guruh)
…-er-…         seruling (suling), serabut (sabut), gerodak (godak), gerigi (gigi)