Sebelum menulis karangan:
- Baca dan fahami soalan.
- Mesti memilih soalan yang benar-benar boleh dikuasai.
- Memahami kehendak soalan.
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas (peta minda).
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihuraikan.
- Isi penting mesti mengikut susunan (mana yang perlu didahulukan & mana yang perlu dikemudiankan)
- Isi penting jangan diulang.
Menulis karangan:
- Mulakan dengan menulis pendahuluan dalam satu perenggan sahaja.
- Setiap satu isi penting yang dihuraikan perlu ditulis dalam satu perenggan beserta dengan contoh (satu isi, satu perenggan)
- Perenggan pendahuluan.
- Perenggan isi pertama (serta huraian dan contoh yang berkaitan).
- Perenggan isi kedua (serta huraian dan contoh yang berkaitan).
- Perenggan isi ketiga (serta huraian dan contoh yang berkaitan).
- Perenggan isi keempat (serta huraian dan contoh yang berkaitan).
- Setelah habis menulis karangan, perlu menyemak semula bagi memastikan jika ada tulisan yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda bacaan, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- Format ini juga boleh digunakan dalam menulis surat kiriman rasmi dan tidak rasmi
Contoh soalan:
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas. Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.
Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan. Contohnya:
- Memudahkan komunikasi antara manusia.
- Mengurangkan membeli peralatan kamera.
- Meluaskan pengetahuan dengan penggunaan internet.
- Menghiburkan hati.
Pendahuluan
Ayat topik: Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global
Ayat huraian: Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat contoh: Melayari internet, mendengar muzik, kamera.
Ayat rumus: Banyak membawa kebaikan.
Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global. telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah mempunyai pelbagai fungsi yang semakin canggih. Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar muzik, menggunakan kamera untuk bergambar dan sebagainya. Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isi pertama
Ayat topik: memudahkan komunikasi antara manusia.
Ayat huraian: Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana kita berada.
Ayat contoh: Boleh menggunakan kemudahan 'sms', whatsapp, telegram, viber. Jimat kos.
Ayat rumus: sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan.
Antara kebaikkannya, penggunaan telefon bimbit memudahkan komunikasi antara manusia. kita boleh mengubungi seseorang apda bila-bila masa dan di mana kita berada. hal ini demikian kerana telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti 'sms', 'whatsaap', 'telegram', 'viber' dan sebagainya. Tambahan pula kos penggunaannya juga lebih menjimatkan berbanding dengan telefon biasa. Oleh itu, sistem komunikasi manusia sangat mudah dan berkesan.
*sambung isi kedua, isi ketiga dan seterusnya
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penutup
Ayat topik: berfaedah untuk semua orang.
Ayat huraian: Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko.
Ayat contoh: satu keperluan yang tidak boleh diabaikan.
Ayat rumus: Bijak menggunakannya agar tidak membawa kemudaratan.
Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah kepada sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat ini berkembang, semaki berisiko nyawa manusia di ambang kemajuan era globalisasi. telefon bimbit sudah dianggap sebagai barangan yang dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau bagaimanapun, telefon bimbit juga dianggap satu keperlu yang tidak boleh abaikan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak membawa kemudaratan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan