KATA ADJEKTIF
- Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama, benda, orang, tempat, binatang dan sebagainya.
- Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
- Kata adjektif boleh digabungkan dengan kata penguat seperti amat, paling, sangat, terlalu dan sebagainya.
- Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis, iaitu:
1. Kata adjektif sifat atau keadaan
baik
|
pandai
|
lemah
|
kasar
|
berani
|
takut
|
sihat
|
cerdik
|
gopoh
|
jahat
|
Contoh ayat:
a. Pendekar itu berani menentang musuh.
b. Kelakuan budak itu sungguh baik.
2. Kata adjektif warna
merah
|
putih
|
biru
|
oren
|
kelabu
|
hitam
|
kuning
|
hijau
|
Contoh ayat:
a. Daun bunga itu sudah menjadi kuning.
b. Dia suka memakai baju warna hitam.
3. Kata adjektif ukuran
panjang
|
rendah
|
tebal
|
pendek
|
kecil
|
nipis
|
besar
|
tinggi
|
Contoh ayat:
a. Rumah panjang itu dibina berdekatan dengan
sungai.
b. Buku tebal itu saya pinjam daripada Fatimah.
4. Kata adjektif bentuk
bujur
|
kempis
|
lurus
|
bulat
|
buncit
|
bengkok
|
Contoh ayat:
a. Dia lurus macam bendul.
b. Persengketaan itu akan diselesaikan dalam
perundingan meja bulat pada hujung bulan ini.
5. Kata adjektif waktu
baharu
|
lampau
|
lewat
|
lama
|
segera
|
silam
|
suntuk
|
lambat
|
awal
|
cepat
|
Contoh ayat:
a. Ketibaannya lebih awal daripada yang
dijanjikan.
b. Dia lebih suka makan makanan segera.
6. Kata adjektif jarak
jauh
|
dekat
|
hampir
|
nyaris
|
Contoh ayat:
a. Rumahnya jauh dari sekolah.
b. Kereta kami nyaris terlibat dalam kemalangan
semalam.
7. Kata adjektif cara
cepat
|
lincah
|
gopoh
|
lambat
|
perlahan
|
laju
|
deras
|
jelas
|
Contoh ayat:
a. Pemain bola sepak yang lincah itu berasal
dari Negara Brunei Darussalam.
b. Dia selalu gopoh ketika menjawab kertas
peperiksaan.
8. Kata adjektif perasaan
rindu
|
benci
|
segan
|
sayang
|
suka
|
ragu
|
gembira
|
malu
|
Contoh ayat:
a. Adik saya sayang akan anak kucingnya yang
comel itu.
b. Jangan segan untuk bertanya kepada orang
yang lebih tahu.
9. Kata adjektif pancaindera
enak
|
sedap
|
manis
|
cantik
|
tampan
|
lawa
|
bising
|
nyaring
|
merdu
|
harum
|
busuk
|
hancing
|
licin
|
halus
|
keras
|
bersih
|
tenteram
|
selesa
|
Contoh ayat:
a. Elakkan makan kuih manis pada masa ini.
b. Permukaan kaca itu licin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan