Imbuhan juga dikenali sebagai penambahan.
Penambahan ini dimaksudkan sebagai penambahan kepada
kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan mengikut golongan kata tertentu
seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Imbuhan terbahagi kepada 4 jenis:
Imbuhan Awalan
- Awalan
- Akhiran
- Apitan
- Sisipan
Imbuhan Awalan
Awalan imbuhan diletakkan di hadapan kata dasar.
meN-… melawan,
mencuri, memberi, mengambil, menyahut
ber-… bermain, berbasikal, berlari
ter-… terbesar, terkena, terambil
di-… disuruh, dibaling, dirompak
memper-… memperluas, memperoleh, memperkaya
diper-… diperluas,
diperbesar, diperguna
ke-… kedua-dua, kehendak, ketua
peN-… pesakit, penceramah, pembaca,
pengebom, penyakit
per-… perasap, perbara, pertapa
se-… seindah, selazat, secantik
juru-… jurubahasa, jurujual, jurugambar
Contoh ayat:
- Amin berbasikal ke pantai.
- Kedua-dua orang pemuda itu suka bergusti.
- Pensel itu diasah oleh Salim
- Pokok yang tinggi itu ditebang oleh mereka.
- Kelapan-lapan ekor lembu itu dijangkiti penyakit kuku dan mulut.
- Anak kecil itu merangkak di bawah meja.
- Bisul pada pahanya itu telah mengecut.
- Anak kucing itu mengiau kelaparan.
- Ahmad sedang menganyam tikar mengkuang yang ditempah oleh pelanggannya.
- Pemain bola sepak itu kelihatan lincah sekali apabila beraksi di padang.
- Pemuda itu seorang yang pendiam.
Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran diletakkan di belakang kata dasar.
…-kan matikan, tuangkan, buangkan
…-i dekati, masuki, tandingi
…-an ajaran, tawanan, amalan
…-wan usahawan, dermawan, wartawan
…-wati olahragawati,
seniwati, peragawati
…-man seniman
…-isme nasionalisme,
sosialisme, komunisme
Contoh ayat:
- Pembentukan padang pasir itu mengambil masa ribuan tahun.
- Jangan dekati orang yang kurang siuman itu.
- Sudah kamu masuki rumah kosong itu?
- Tuangkan air minuman itu ke dalam gelas.
- Matikan enjin kereta itu.
- Seniwati yang membintangi filem itu digilai oleh orang ramai.
Imbuhan Apitan
Imbuhan apitan diletakkan di hadapan dan di belakang
kata dasar.
meN-…-kan melarikan,
menjauhkan, membinasakan, menghadiahkan, menyelitkan
meN-…-i merestui,
mendahului, membaiki, menghubungi, menyahuti
beR-…-kan beralaskan,
berdasarkan, bertemankan
beR-…-an berlarian,
berterbangan, bermusuh-musuhan
di-…-kan diceraikan,
dijalankan, disemayamkan
di-…-i dianugerahi,
dianuti, diwarisi
memper-…-kan memperbesarkan,
memperluaskan, mempersembahkan
memper-…-i memperbaharui,
mempersetujui, memperakui
ke-…-an keindahan,
keajaiban, keistimewaan
diper-…-kan diperlihatkan,
dipergunakan, diperdengarkan
diper-…-i diperingati,
diperbaiki
peN-…-an pelarian,
penipuan, pembacaan, pengeboman, penyiasatan
per-…-an persamaan,
perbezaan, perjumpaan
Contoh ayat:
- Anak-anak kucing yang comel itu bercakar-cakaran sesama sendiri.
- Mereka mencari gua itu berdasarkan peta.
- Keputusan peperiksaan saya amat mengecewakan.
- Perangainya masih keanak-anakan kerana terlalu dimanjakan oleh orang tuanya.
- Mereka hidup dalam kemiskinan sejak ayahnya dipecat.
- Dia tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
- Haziq enggan mengakui kesilapannya itu.
- Abang mengetepikan keretanya supaya tidak menghalang kenderaan lain untuk lalu di jalan itu.
- Liza membelikan ibunya sepasang subang.
- Pengawal itu tidak membenarkan kami masuk.
- Jabatan Pengangkutan Darat melakukan pemeriksaan terhadap bas persiaran.
- Kayu balak itu dihantar ke pelabuhan untuk dieksport.
- Gopal membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPE.
Sisipan
Imbuhan sisipan diletakkan di tengah-tengah kata
dasar.
…-el-… telunjuk
(tunjuk), telapak (tapak), kelemumur (kemumu / kemumur)
…-em-… kemuning
(kuning), gemilang (gilang), gemuruh (guruh)
…-er-… seruling
(suling), serabut (sabut), gerodak (godak), gerigi (gigi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan