A.
Bagai air titik ke batu
Maksudnya: Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
Contoh ayat: Sudah berkali-kali Pak Rahim menasihati
anaknya supaya jangan
melabur dalam
skim cepat kaya itu. Akan tetapi, nasihatna bagai air
titik ke batu
kerana langsung tidak dipedulikan oleh anaknya.
B.
Bagai aur di atas bukit
Maksudnya: Menyerahkan diri kepada nasib.
Contoh ayat: Setelah gagal mencari anaknya yang
hilang, wanita itu kini berserah
sahaja kepada nasib bagai aur di atas bukit.
C.
Bagai ayam naik ke surau
Maksudnya: Menjadi tamu di rumah orang yang tidak
memberikan jamuan apa-apa.
Contoh ayat: Sudah hampir dua jam Encik Abu berbual
dengan Encik Ramli, tetapi
belum ada
tanda-tanda Encik Ramli hendak mempelawanya minum.
Sehinggalah ia
membuat keputusan untuk balik, secawan air pun tidak
dihidangkan.
Keadaan yang dialami oleh Encik Abu bagai ayam naik
ke surau.
D.
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing
Maksudnya: 1. Tiada muafakat dalam sesuatu
perbincangan.
2.
Mementingkan diri sendiri.
Contoh ayat: Setelah tiga hari bekalan air terputus,
penduduk di taman itu bertolak-
tolakan apabila
melihat lori yang membekalkan air tiba. Sikap mereka
itu seperti enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
E.
Bagai menelan mestika embun
Maksudnya: Mendengar nasihat yang baik.
Contoh ayat: Syazwan seorang anak yang bagai menelan
mestika embun kerana
mendengar segala nasihat ibu bapanya semasa di
perantaun.
F.
Bagai si rabun memimpin si buta
Maksudnya: Meminta pertolongan kepada orang yang
kurang upaya.
Contoh ayat: Kehidupan Shikin serba susah itu tidak
mungkin dapat membantu
keluarga
kakaknya kerana pertolongannya itu bagai si rabun
memimpin si
buta.
G.
Bagai tikus membaiki labu
Maksudnya: Membaiki barang yang tidak diketahui,
akhirnya semakin teruk.
Contoh ayat: Tindakan abang membaiki radio itu seperti
tikus membaiki labu
apabila radio
itu bertambah kerosakannya.
H.
Seperti ikan dalam belat
Maksudnya: Keadaan sesuatu tempat yang sangat sesak.
Contoh ayat: Pada malam tahun baru, keadaan di Bandar
Seri Begawan terlalu sesak
dengan
pengunjung bagai ikan dalam belat.
I.
Seperti kijang lepas ke rimba
Maksudnya: orang yang pulang ke tempat asalnya.
Contoh ayat: Setelah bertahun merantau di negara orang
lain, akhirnya dia dapat
balik juga ke
kampung halamannya, kegembiraannya itu seperti kijang
lepas ke lepas
ke rimba.