Translate

7 Apr 2020

Tatabahasa - Pola ayat dalam Bahasa Melayu


Pengenalan
  • Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
  • Melalui pola ayat dasar, maka terbentuk ayat-ayat lain seperti ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya.
  • Setiap ayat dasar terbentuk daripada dua unsur iaitu subjek dan predikat.

Pembahagian pola ayat dasar
·       Terdapat 4 jenis pola ayat dasar
1.     Subjek: Frasa Nama + Predikat: Frasa Nama
Contoh ayat: Emma pelajar Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

2.     Subjek: Frasa Nama + Predikat: Frasa Kerja
Contoh ayat: Azrul sedang mencuci kereta.

3.     Subjek: Frasa Nama + Predikat: Frasa Adjektif
Contoh ayat: Pemuda itu sangat baik.

4.     Subjek: Frasa Nama + Predikat: Frasa Sendi Nama
Contoh ayat: Abang di ruang tamu.

·       Berdasarkan nota di atas, pola ayat terbahagi kepada 4 pola iaitu:
1)     Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
2)     Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
3)     Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FK)
4)     Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan