- Surat kiriman tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.
- Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti:
1. Surat ucapan tahniah.
2. Surat ucapan takziah.
3. Surat bertanya khabar berita.
4. Surat menceritakan tempat-tempat menarik.
5. Pengalaman di tempat baru.
6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga.
7. Membalas surat yang dihantar oleh orang lain.
Teknik menulis surat kiriman tidak rasmi
- Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
- Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu, terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.
- Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda, ibunda / bonda, kakanda / kanda, adinda, anakanda, cucunda, saudara dan saudari.
- Jangan gunakan kata ganti nama ‘aku’, ‘awak’ ataupun ‘kamu’.
- Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.
Format menulis surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut:
- Alamat pengirim di sebelah kanan atas.
- Tarikh surat di bawah alamat pengirim.
- Pembuka kata.
- Panggilan hormat – laras bahasa persuratan.
- Isi 1 – tujuan menulis surat.
- Isi 2 - 5
- Penutup
- Tandatangan dan nama di sebelah kanan bawah.
- Kira dan tulis jumlah perkatan di seblaha kanan bawah.
Keluarga kamu baru berpindah ke rumah baru. Tulis
sepucuk surat kepada sahabat kamu dan ceritakan keadaan rumah baru kamu itu. Panjang karangan tidak kurang daripada 250 patah perkataan.
No. 36,
Jalan Pasir Berakas,
Kg.
Lambak, BE1518,
Bandar
Seri Begawan,
Negara
Brunei Darussalam.
25
Mac 2020
Menemui
sahabatku, Amirul yang berada di Kuala Belait, Semoga berada dalam keadaan
sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat
sahaja.
Saudara,
Tujuan
saya menulis surat kepada saudara adalah untuk menceritakan tentang rumah baru
saya yang terletak di Kg. Lambak. Saya dan keluarga baru sahaja berpindah ke
sini kerana mengikut ayah yang ditugaskan di tempat baharu. Rumah saya ini
terletak di atas bukit.
Saya
berasa sangat seronok kerana pemandangan di sekeliling rumah saya sangat indah.
Apabila berdiri di halaman rumah saya, akan kelihatan kawasan perumahan rakyat
jati Kampung Lambak Kanan yang sangat besar dan kedai membeli belah. Saya
selalu berehat di halaman rumah saya dengan duduk di buaian yang telah dibeli
oleh ayah.
Rumah
saya mempunyai lima buah bilik. Ibu bapa saya menggunakan bilik utama yang
terletak di hadapan dan kakak pula di bahagian belakang. Saya dan abang pula
berkongsi bilik di bahagian sebelah kanan rumah.
Rumah
baharu saya ini berwarna putih dan di dalam rumahnya pula berwarna biru. Saya,
abang dan kakak mengulang kaji pelajaran dalam bilik bacaan setiap malam. Ruang
tamu dan dapur rumah agak besar jika dibandingkan dengan rumah lama.
Saya
sangat berharap agar saudara berpeluang datang ke rumah saya suatu hari nanti.
Akhir kata, sampaikan salam saya buat keluarga saudara dan semoga kita dapat
berjumpa lagi.
Yang
benar,
Shah
Iskandar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan