PENGENALAN
- Bahagian
Soalan Memodenkan Prosa Klasik merupakan soalan pilihan yag dikemukakan dalam Soalan 3 kertas 2 soalan peperiksaan G.C.E di peringkat ‘O’.
- Satu
petikan teks diberikan panjangnya antara 80-100 patah perkataan.
- Dua
bentuk soalan yang dikemukakan berdasarkan teks, iaitu:
i.
Memindahkan
petikan prosa klasik menjadi petikan prosa moden.
ii.
Maksud
rangkai kata klasik.
KONSEP PROSA KLASIK
- Prosa
klasik ialah sebahagian daripada kesusasteraan Melayu klasik yang disebarkan
secara lisan serta tulisan yang disebarkan dari satu generasi kepada satu
generasi.
- Karya
berbentuk prosa bermaksud karya yang berbentuk karangan yang disulami dengan
pelbagai unsur gaya bahasa serta teknik penceritaan. Isinya berkisar tentang
raja-raja, putera-puteri raja, yang diselitkan dengan unsur luar biasa dan
kesaktian, serta tentang ketokohan dan kepahlawanan seseorang. Namun begitu,
terdapat juga kisah yang berkaitan dengan masyarakat biasa seperti Lebai Malang
dan sebagainya. Cerita ini umumnya tidak diketahui penciptanya, oleh sebab itu
ia menjadi milik rakyat atau milik semua.
SIFAT ATAU CIRI-CIRI BAHASA
KLASIK
- Ayat-ayat
bahasa klasik panjang dan berbelit-belit. Tanda baca selalunya tidak diletakkan
dengan betul dan ada langsung yang tidak ada. Contohnya:
Maka apabila dibawalah akan
mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang
itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya
serta disuruh perbela akan dia baik-baik.
- Susuk
ayat bahasa klasik banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab, Sanskrit dan klasik.
Contohnya:
Arab:
Allah Taala, makhdum, mualim dauat, wallahualam, taksim, dll.
Sanskrit:
dosa, pahala, raja, dll
Klasik:
berahi (cinta), gharib (ganjil), ratna mutu manikam (batu permata), masyghul
(dukacita, sedih), ceritera (cerita), amarah (marah), sahaya (saya), centera
(cerita), khial (khayal), dsb.
- Kekerapan
menggunakan struktur ayat pasif dalam bahasa klasik. Sebagai contoh:
Bahasa
klasik: maka oleh Hang Tuah dipalang
kepala dua orang yang mengamuk itu terbelah dua.
Bahasa moden: lalu Hang Tuah
memarang kepala dua orang yang mengamuk itu dan terbelah dua.
- Selalunya
bahasa klasik banyak mendahulukan predikat, kemudian diikuti dengan subjek
(ayat songsang).
Bahasa klasik:
Maka berperanglah Feringgi dengan orang
Melaka. (Hikayat Hang Tuah)
Bahasa
moden: Feringgi berperang dengan orang
Melaka.
- Ayat
bahasa klasik banyak menggunakan imbuhan ‘lah’ dan ‘pun’. Contohnya: adapun,
bertitahlah, berebutlah dan sebagainya.
“Maka Bendahara pun hairanlah
kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” (Sejarah Melayu hal 55)
Batu pun habis berpelantingan.
pun turunlah
- Bahasa
Melayu klasik lebih bersifat bahasa Istana terutama dari segi penggunaan
perkataan dan sistem panggilannya seperti sembah, beta, titah, berangkat,
gering, titah, beradu, bersiram, mangkat, putera, puteri, bersemayam dan
sebagainya.
- Petikan
banyak menggunakan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang yang kini tidak
digunakan lagi. Contoh: arakian, syahadan, hatta, alkisah, kata sahibul
hikayat, maka, tatkala, adapun dan sebagainya.
MEMODENKAN PETIKAN PROSA KLASIK
Memodenkan
petikan prosa klasik bermakna memindah atau menukar bahasa klasik atau lama
menjadi bahasa Melayu baru atau moden. Biasanya, petikan yang dipindahkan atau
dimodenkan itu diambil atau dipetik daripada satu atau beberapa perenggan
sesebuah hikayat yang khusus menampilkan bahasa klasik, kuno ataupun lama.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PROSA
KLASIK
Membaca dan memahami petikan
1.
Baca
keseluruhan petikan sehingga faham.
2.
Berikan
tumpuan terhadap persoalan atau isu utama dalam petikan.
3.
Selain
itu, buat beberapa catatan tentang watak-watak, latar tempat dan
peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam petikan.
Menganalisis dan menulis serta
memindahkan petikan prosa klasik menjadi petikan prosa moden
1.
Pelajar
perlu ingat bahawa jawapan yang ditulis mestilah dalam bahasa Melayu moden.
2.
Gariskan
perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukarkan.
3.
Jangan
pindahkan secara ayat demi ayat. Sebaliknya, fahamkan maksud keseluruhan
petikan dan ceritakan semula.
4.
Jangan
menokok tambah dengan butir-butir atau fakta-fakta yang tidak terdapat dalam
petikan.
5.
Nama-nama
khas seperti nama watak, tempat dan peralatan tidak boleh ditukar/mestilah
dikekalkan.
6.
Kata “pun” dan “lah” hendaklah ditinggalkan. Contoh:
Bahasa
klasik: maka seketika itu pun
berputeralah tuan puteri itu seorang anak lelaki.
Bahasa
moden: Selepas itu, Tuan Puteri
melahirkan seorang anak laki-laki.
7.
Elakkan
menggunakan perkataan-perkataan lama seperti arakian, hatta, sebermula,
alkisah, syahdan, sekali sepertua dan lain-lain dan perkataan-perkataan yang
tidak lagi digunakan sekarang. Perkataan klasik yang ada dalam petikan
tersebut, perlulah ditukarkan kepada bahasa moden. Ini penting kerana jika anda
mengekalkan perkataan klasik tersebut, markah anda akan dipotong kerana tidak
menepati arahan soalan.
8.
Bahasa
Istana tidak perlu diganti dengan perkataan lain atau perkataan yang seerti
dengannya.
9.
Ayat-ayat
panjang, berbelit-belit dan tidak jelas hendaklah dipecahkan kepada beberapa
ayat supaya pendek dan jelas maksudnya.
Contoh:
Maka Sultan Melaka pun hairan
melihat paras puteri Cina itu, disuruhnya masuk Islam, telah sudah maka baginda
pun berkahwinlah dengan puteri itu, beranak Paduka Seri Cina, ayah kepada
Paduka Isap.”
Jawapan:
“Sultan Melaka takjub apabila
melihat kecantikan Tuan Puteri Cina itu. Baginda lalu menitahkan supaya Tuan
Puteri itu memeluk agama Islam. Selepas itu, baginda berkahwin dengan puteri
itu dan mendapat seorang putera bernama Paduka Seri Cina yang menjadi ayah
kepada Paduka Isap."
10. Tukarkan struktur ayat pasif
menjadi struktur ayat aktif.
Bahasa klasik:
maka oleh Hang Tuah dipalang kepada dua
orang yang mengamuk itu terbelah dua.
Bahasa
moden: lalu Hang Tuah memarang kepada dua
orang yang mengamuk itu dan terbelah dua.
11. Tukarkan ayat-ayat songsang
kepada ayat biasa.
Contoh:
Ayat
songsang: “Hendaklah diperliharakan kamu
sekalian dan dia”
Ayat
biasa: “Kamu sekalian hendaklah
memeliharanya”
12. Perbualan atau Cakap Ajuk di
dalam petikan (jika ada mestilah dituliskan dalam perenggan baru atau boleh
juga ditukarkan menjadi ayat Cakap Pindah yang telah dimodenkan, tetapi ditulis
dalam satu perenggan sahaja.
Menganalisis dan menjawab soalan
berkaitan dengan maksud rangkai kata
1.
Perhatikan
perkataan atau rangkai kata berhuruf condong atau bercetak tebal dalam petikan,
kemudian garisi perkataan atau rangkai kata tersebut.
2.
Seboleh-bolehnya,
ganti setiap perkataan anda sendiri tetapi mestilah mengikut maksud
penggunaannya dalam petikan.
3.
Berikan
satu jawapan sahaja menunjukkan yang anda yakin dapat menepati maksud
penggunaannya.
Contoh teks klasik:
Dengan tiada berapa
lamanya sampailah mereka itu ke Negeri Daha itu. Maka Raden Inu
segan masuk lalu menanti di luar istana. Maka disuruhnya Jerude
dan Kartala
masuk bersama-sama
dengan
Mahadewi akan
menghadap Kebawah
Duli Sang Ratu Daha itu.
Maka
tatkala dilihat
oleh Sang Ratu akan Mahadewi datang dengan balut matanya, sungguhpun selama
ia pergi tiada dikenangnya, akan tetapi pada masa bertemu itu
timbullah belas
dan kasihan di dalam hatinya serta teringatlah ia pada isterinya
yang sudah
meninggal diracuni itu. Lagi pula baharulah
ia tersedar akan dirinya dan baharulah
diketahuinya akan segala kejahatan Paduka Liku itu kerana pada
masa itu
rupa-rupanya segala hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku itu telah hilang
kemanjurannya.
Senaraikan nama-nama watak:
- Raden Inu
- Jerude
- Kartala
- Mahadewi / Puteri
- Kebawah Duli Sang Ratu Daha / Sang Ratu
- Permaisuri (isteri Sang Ratu)
- Paduka Liku.
Senaraikan latar tempat:
Senaraikan isi penting:
- Jerude, Kartala dan Mahadewi masuk ke istana untuk menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha.
- Mahadewi pulang ke istana dalam keadaan bengkak di bahagian mata.
- Sang Ratu teringkat akan permaisurinya yang telah mangkat.
- Paduka Liku adalah seorang yang jahat.
- Hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku sudah hilang mujarabnya.
Setelah ditukar teks klasik kepada teks moden:
Raden Inu, Jerude, Kartala dan Mahadewi sampai ke Negeri Daha. Raden Inu malu dan hanya menunggu di luar istana. Beliau menyuruh Jerude, Kartala dan Mahadewi menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha.
Apabila Sang Ratu melihat Mahadewi datang dengan bengkak matanya, timbul rasa belas kasihan. Baginda teringat akan Permaisuri baginda yang telah meninggal duania akibat terkena racun. Baginda telah sedar akan kejahatan Paduka Liku kerana pada masa itu semua hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku sudah hilang mujarabnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh teks klasik 2:
Setelah dilihat oleh isterinya Seri Rama,
yang bernama Sita Dewi, keduanya bertari-tari dan melompat-lompat, maka kata
Sita Dewi kepada Seri Rama:
“Ya, tuanku, tangkaplah kijang dua
ekor itu akan permainan hamba,”
Maka kata Seri Rama: “Tiada hamba mahu
akan dia mati, hanya hamba hendak dengan hidupnya juga,”
Setelah Seri Rama mendengar kata
isterinya itu, maka Seri Rama pun segera mengambil panahnya lalu turun dari
rumahnya. Maka kata Seri Rama memanggil Laksamana seraya berkata:
“Hai, Laksamana, tinggallah adinda
menunggui kakanda Sita Dewi, aku pergi mengikut kijang dua ekor itu,”
Setelah Seri Rama berkata demikian, maka
baginda pun berjalanlah. Setelah kijang itu melihat Seri Rama datang mengikut
dia, maka kijang itu pun larilah. Maka diikutnya juga oleh Seri Rama.
Senarikan nama-nama watak:
- Seri Rama (suami)
- Sita Dewi (isteri)
- Laksamana (adik)
Senaraikan latar tempat:
- Dalam rumah
- Kawasan hutan
Senaraikan isi penting:
- Sita Dewi terlihat kijang 2 ekor dan menyuruh Seri Rama menangkapnya untuk dijadikan binatang peliharaan.
- Sita Dewi mahu kijang itu ditangkap hidup-hidup.
- Seri Rama menyuruh Laksamana menjaga Sita Dewi.
- Seri Rama pergi mengejar kijang dua ekor itu.
Setelah ditukar teks klasik kepada teks moden:
Apabila Sita Dewi, isteri kepada Seri
Rama, melihat dua ekor kijang yang sedang menari-nari dan melompat-lompat itu,
lalu dia berkata kepada Seri Rama:
“Ya tuanku, tangkap kijang dua ekor itu
untuk dijadikan haiwan peliharaan.”
“Kijang itu tidak dapat ditangkap
hidup-hidup. Hamba akan panah kedua-keduanya,” kata Seri Rama.
“Hamba tidak mahu kijang itu mati. Hamba
mahu kedua-duanya hidup,” kata Sita Dewi.
Kemudian, Seri Rama segera mengambil
panahnya lalu keluar dari rumahnya. Kemudian, Seri Rama memanggil Laksamana dan
berkata:
“Hai Laksamana, adinda jagakan kakanda
Sita Dewi, aku pergi mengejar dua ekor kijang itu.”
Setelah itu, Seri Rama meneruskan
perjalanannya. Kijang itu melarikan diri apabila terlihat kedatangan Seri Rama.
Namun, Seri Rama tetap mengejarnya.