Pengenalan
- Ringkasan amat berguna sebagai teknik ulang kaji pelajaran dan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
- Pelajar perlu menguasai kemahiran mengumpul maklumat dan menyampaikannya menggunakan ayat sendiri jika mampu.
- Di dalam peperiksaan Bahasa Melayu kertas 2 tahap O'Level Cambridge Brunei, pelajar diwajibkan menjawab bahagian 1 iaitu ringkasan karangan (panjang ringkasan kira-kira 100 patah perkataan dan mempunyai 40 markah).
Teknik meringkaskan karangan
- Membaca soalan (Contoh: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian ringkaskan hingga menjadi kira-kira 100 patah perkataan. Penggunaan kata-kata sendiri dalam susunan maksudnya yang asal akan diberi perhatian utama dalam pemarkahan).
- Membaca teks karangan (pelajar hendaklah membaca sekurang-kurangnya 2 kali teks yang telah disediakan).
- Mengenalpasti tema (pelajar hendaklah memahami jalan cerita yang disampaikan oleh penulis secara keseluruhan sama ada dari segi kebaikan, keburukan, ciri-ciri, fungsi dan sebagainya).
- Mengenal pasti isi-isi penting (dengan menguasai jalan cerita teks karangan (tema teks) pelajar boleh mencari isi-isi penting yang terdapat di dalam teks karangan).
- Menggariskan isi-isi penting. (menggariskan isi penting sahaja berdasarkan tema tanpa memasukkan ayat-ayat contoh iaitu ayat yang mengandungi contoh, misalnya, seperti dan sebagainya)
- Menghasilkan semula teks ringkasan di dalam 1 perenggan sahaja (ringkasan karangan hanya ditulis di dalam 1 perenggan sahaja, lebih dari 1 perenggan akan dipotong markah).
- Menggunakan ayat sendiri tanpa berubah maksud asal penulis karangan lebih diutamakan (pelajar boleh menggunakan kata sinonim sinonim dan pembuangan beberapa perkataan dari ayat yang asal).
- Jumlah patah perkataan yang ditulis tidak boleh lebih daripada jumlah yang telah ditetapkan (contoh: jumlah perkataan yang telah ditetapkan kira-kira 100 patah perkataan, pelajar boleh menulis sehingga 105 patah perkataan sahaja. Lebih dari 105 patah perkataan, markah akan dipotong).
Tulis ringkasan kamu
kira-kira 100 patah perkataan.
Rumah Melayu mempunyai ciri-ciri tersendiri. Gaya dan
bentuk bangunannya dipengaruhi oleh beberapa unsur, antaranya alam
persekitaran, iklim, kebolehan tukang rumah dan kemampuan ekonomi yang empunya
rumah.
Iklim merupakan satu faktor penting dalam menentukan seni
bina rumah di rantau ini. Hawa yang panas dan hujan yang lebat sepanjang tahun
ialah dua faktor yang perlu diambil kira dalam pembinaan rumah Melayu.
Akibatnya, sebahagian besar daripada rumah lama di rantau ini dibina bertiang
tinggi dari permukaan tanah. Keadaan ini juga mengatasi masalah-masalah lain,
iaitu kelembapan tanah dan kemungkinan dinaiki air pada musim banjir. Bentuk
rumah yang demikian juga membolehkan udara beredar dengan senang.
Pergerakan udara menjadi satu lagi persekitaran utama dalam
pembinaan rumah Melayu pada zaman lampau. Lantai dan dinding diperbuat daripada
anyaman pelupuh dan berlubang, supaya udara dapat lalu. Demikian juga, di bawah
cucuran atap diadakan ruang terbuka supaya udara dapat lalu. Bumbung rumah pula
lazimnya tinggi dan curam, untuk mempercepat pengaliran air hujan ke bawah.
Dengan demikian air tidak meresap dan ini mengurangkan kebocoran.
Dari segi peralatan dan teknik membina rumah, pada mulanya
orang-orang Melayu membina rangka rumah dengan cara yang amat sederhana, iaitu
dengan cara mengikat dan sedikit tarahan tanggam. Pada waktu itu, rumah
berbentuk asas dan dibina sebagai tempat berteduh daripada hujan dan panas.
Dengan kemajuan pemikiran, masyarakat Melayu mengubah teknologi binaan dan
mencipta peralatan baharu seperti kapak, beliung, gergaji, alat menebuk dan
alat mengetam. Maka muncullah sistem tebuk-menebuk dalam pembinaan kerangka
bangunan rumah.
Tukang-tukang Melayu zaman dahulu terkenal dengan kemahiran
tersendiri. Ini terutama wujud dalam aspek-aspek kerja tangan seperti mengukir
dan menyirat dinding tepas.