Translate

31 Mac 2020

Memodenkan Teks Klasik


Pengenalan
  • Memodenkan karangan bermaksud mengalihkan atau menukarkan bahasa klasik yang digunakan dalam karya sastera berunsurkan klasik atau lama kepada gaya bahasa Melayu moden.
  • Karya klasik ialah teks atau karangan yang digunakan pada zaman dahulu.
  • Gaya bahasanya banyak dipengaruhi oleh gaya bahasa lama atau klasik.
  • Karya ini banyak berkisar mengenai raja-raja dan golongannya yang menceritakan kisah kegagalan, keperwiraan, kecantikan, kekebalan, kesaktian dan alam kayangan.


Format memodenkan karangan
  • Satu perenggan sahaja.
  • Tidak menggunakan bahasa klasik iaitu bukan ditambah-tambah atau dikurangkan.


Proses memodenkan karangan
  • Pelajar perlu ingat jawapan yang ditulis mestilah dalam bahasa Melayu moden.
  • Baca keseluruhan petikan sehingga faham.
  • Gariskan perkataan-perkataan klasik yang dapat ditukarkan.
  • Nama-nama khas jangan ditukar.
  • Ketahui perbezaan di antara bahasa klasik dengan bahasa istana.



Contoh teks klasik:

Dengan tiada berapa lamanya sampailah mereka itu ke Negeri Daha itu. Maka Raden Inu segan masuk lalu menanti di luar istana. Maka disuruhnya Jerude dan Kartala masuk bersama-sama dengan Mahadewi akan menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha.

Maka tatkala dilihat oleh Sang Ratu akan Mahadewi datang dengan balut matanya, sungguhpun selama ia pergi tiada dikenangnya , akan tetapi pada masa bertemu itu timbullah belas dan kasihan di dalam hatinya serta teringatlah ia pada isterinya yang sudah meninggal diracuni itu. Lagi pula baharullah ia tersedar akan dirinya dan baharullah diketahuinya akan segala kejahatan Paduka Liku kerana pada masa itu rupa-rupanya segala hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku itu telah hilang kemanjurannya.
                                                                                                                        (15 markah)



Teknik sebelum menjawab memodenkan karangan
  • Senaraikan dulu watak-watak yang ada dalam petikan prosa klasik tersebut. Pastikan kamu berjaya mengenal pasti beberapa watak yang mempunyai persamaan agar pemilihan kata ganti nama kamu tepat dan sesuai.

          Contoh:
          1. Raden Inu
          2. Jerude
          3. Kartala
          4. Mahadewi
          5. Kebawah Duli Sang Ratu Daha
          6. Permaisuri
          7. Paduka Liku

  • ·       Nyatakan latar tempat, iaitu tempat prosa klasik itu diceritakan.

         Contoh:
         1. Dalam istana
         2. Luar istana

  • Nyatakan pokok persoalan yang ada dalam petikan tersebut. Barulah kamu membuang perkataan-perkataan yang tidak diperlukan seperti maka, arakian, syahadan, -ia, -pun dan perkataan-perkataan klasik yang lain.

          Contoh:
1.     Raden Inu menunggu di luar istana.
2.     Raden Inu menyuruh Jerude dan Kartala menemani Mahadewi menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha.
3.     Mahadewi pulang dalam keadaan bengkak di bahagian matanya.
4.     Baginda teringat akan permaisurinya yang telah mangkat kerana diracun.
5.     Baginda tersedar dan mengetahui segala kejahatan Paduka Liku.
6.     Segala hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku telah hilang kesannya.


  • Buang perkataan-perkataan yang tidak diperlukan seperti maka, arakian, syahadan, -pun, -ia dan perkataan-perkataan klasik yang lain.

Jawapan betul setelah dimodenkan teks klasik yang terdapat di atas:

Mereka tiba di Negeri Daha. Raden Inu segan dan menunggu di luar istana. Raden Inu menyuruh Jerude dan Kartala masuk ke istana untuk menemani Mahadewi menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha.

Sang Ratu Daha melihat Mahadewi pulang dalam keadaan bengkak matanya. Baginda teringat akan permaisurinya yang telah mangkat kerana telah diracun. Baginda tersedar dan mengetahui segala kejahatan Paduka Liku. Segala hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku telah hilang kesannya.

30 Mac 2020

Kata Adjektif

KATA ADJEKTIF    
  • Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama, benda, orang, tempat, binatang dan sebagainya.
  • Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
  • Kata adjektif boleh digabungkan dengan kata penguat seperti amat, paling, sangat, terlalu dan sebagainya.
  • Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis, iaitu:


1. Kata adjektif sifat atau keadaan
baik
pandai
lemah
kasar
berani
takut
sihat
cerdik
gopoh
jahat
Contoh ayat:
a. Pendekar itu berani menentang musuh.
b. Kelakuan budak itu sungguh baik.

2. Kata adjektif warna
merah
putih
biru
oren
kelabu
hitam
kuning
hijau
Contoh ayat:
a. Daun bunga itu sudah menjadi kuning.
b. Dia suka memakai baju warna hitam.

3. Kata adjektif ukuran
panjang
rendah
tebal
pendek
kecil
nipis
besar
tinggi
Contoh ayat:
a. Rumah panjang itu dibina berdekatan dengan sungai.
b. Buku tebal itu saya pinjam daripada Fatimah.

4. Kata adjektif bentuk
bujur
kempis
lurus
bulat
buncit
bengkok
Contoh ayat:
a. Dia lurus macam bendul.
b. Persengketaan itu akan diselesaikan dalam perundingan meja bulat pada hujung bulan ini.

5. Kata adjektif waktu
baharu
lampau
lewat
lama
segera
silam
suntuk
lambat
awal
cepat
Contoh ayat:
a. Ketibaannya lebih awal daripada yang dijanjikan.
b. Dia lebih suka makan makanan segera.

6. Kata adjektif jarak
jauh
dekat
hampir
nyaris
Contoh ayat:
a. Rumahnya jauh dari sekolah.
b. Kereta kami nyaris terlibat dalam kemalangan semalam.

7. Kata adjektif cara
cepat
lincah
gopoh
lambat
perlahan
laju
deras
jelas
Contoh ayat:
a. Pemain bola sepak yang lincah itu berasal dari Negara Brunei Darussalam.
b. Dia selalu gopoh ketika menjawab kertas peperiksaan.

8. Kata adjektif perasaan
rindu
benci
segan
sayang
suka
ragu
gembira
malu
Contoh ayat:
a. Adik saya sayang akan anak kucingnya yang comel itu.
b. Jangan segan untuk bertanya kepada orang yang lebih tahu.

9. Kata adjektif pancaindera
enak
sedap
manis
cantik
tampan
lawa
bising
nyaring
merdu
harum
busuk
hancing
licin
halus
keras
bersih
tenteram
selesa

Contoh ayat:
a. Elakkan makan kuih manis pada masa ini.

b. Permukaan kaca itu licin.